Thursday, April 14, 2022

REALITI TAMBAHAN

 DEFINISI

  • Realiti Tambahan merupakan satu pendekatan yang amat penting dalam revolusi industri 4.0 kerana ia menyediakan maklumat visual yang tepat dalam masa yang tepat kepada orang yang tepat dan di tempat yang tepat. Di samping itu, ia juga merupakan kaedah pengalaman interaktif dalam persekitaran dunia sebenar dimana objek dunia sebenar ditambah dengan maklumat persepsi yang dijana oleh grafik komputer, kadangkala termasuk pelbagai kaedah deria, termasuk penglihatan, pendengaran, sentuhan, somatosensori dan deria termasuk perasaan.


FUNGSI

  • Realiti Tambahan antara teknologi IR 4.0 yang tertumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas, tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala. Sebagai contoh dalam industri permainan, ia diaktifkan dengan perisian interaktif dan perkakasan. Permainan Tambahan boleh dirasai atau dikendalikan oleh pergerakan badan. Oleh itu, pengguna, dengan fon kepala realiti Tambahan boleh bergerak di sekitar dunia bukan realiti. Contohnya, permainan interaktif dalam arena atau stadium juga boleh membuat pengguna berasa seolah-olah sedang berada di tengah tengah stadium walaupun secara maya bukannya realiti. 


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

  • Jika dilihat, teknologi ini banyak digunakan dalam sektor pendidikan bagi membantu meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran yang dipelajari. Hal ini terbukti apabila guru di sekolah memberi tindak balas yang positif apabila belliau menggunakan teknologi ini di dalam kelas. Beliau melihat pelajar-pelajarnya lebih tertarik dan boleh meningkatkan kefahaman mereka dalam pelajaran.  Hal ini kerana teknologi ini dapat memberi gambaran sebenar seolah-olah kita berada di tempat yang nyata. Namun demikian, melihat kepada keburukan yang akan dialami oleh segelintir pengguna, mereka tidak fasih dalam mengendalikan teknologi yang serba canggih ini. Hal ini boleh mengurangkan rasa minat belajar dan rasa putus asa dalam mempelajari teknologi yang serba moden ini.
  • Beralih kepada dunia permainan yang menggunakan teknologi ini. Penggunaannya sudah tidak asing lagi bagi mereka yang pakar dalam permainan video dan sebagainya. Melalui penggunaan yang betul dalam permainan video ini boleh membantu mereka menjana wang untuk menampung kehidupan seharian tetapi lain pula jika penggunaan ini disalah erti oleh segelintir pengguna. Kita boleh lihat bahawa ramai anak muda bawah umur sekarang terjebak dengan permainan video sehingga ada di antara mereka sanggup ponteng sekolah dek hiburan yang dicari




INTERNET OF THE THINGS (IoT)

 DEFINISI

  • IoT ialah singkatan daripada Internet of the Things atau disebut sebagai Industri Teknologi Peranti Pintar. Ini termasuk dalam penemuan teknologi baharu IR 4.0 dimana ia merupakan rangkaian objek fizikal yang dilengkapi dengan penderia atau penggerak, perisian dan teknologi lain yang direka untuk menyambung dan bertukar data dengan peranti atau sistem lain melalui Internet. Ia menggabungkan pembelajaran mesin, teknologi big data, data sensor, mesin untuk komunikasi dan teknologi automasi. Jika dibandingkan dengan manusia, mesin pintar yang terhubung dapat mengumpul dan memproses set data yang besar dengan lebih tepat dan konsisten.


FUNGSI

  • Melihat kepada nama peranti pintar itu sendiri kita sendiri boleh beranggapan bahawa teknologi ini akan memudahkan urusan harian manusia. Sejajar dengan perkembangan teknologi ini, banyak syarikat berlumba-lumba untuk mengaplikasikan IoT dalam produk pasaran mereka. Kita sering dimomokkan bahawa sebarang perkembangan teknologi mesti berkait dengan produk elektronik seperti telefon pintar tetapi rumah juga boleh menggunakan teknologi IoT ini. Pemilik rumah boleh menjadikan rumah mereka sebagai rumah pintar dimana segala peralatan di dalam rumah boleh dikawal daripada jauh. Mereka dapat mengawal peralatan seperti pendingin hawa, kipas, lampu walaupun dari jarak jauh. Hal ini terbukti bahawa fungsi IoT ini amat memberi manfaat yang besar dalam kehidupan seharian.


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

  • IoT membabitkan peluasan ketersambungan internet melalui alat standard seperti komputer dan telefon pintar yang membenarkan ia berkomunikasi sesama sendiri, boleh diperhatikan dan dikawal dari jauh.Tidak dapat dinafikan lagi apabila kita menggunakan IoT dalam kehidupan seharian, ia sangat memudahkan urusan. Melihat kepada kepentingan dalam organisasi, majikan boleh menyampaikan maklumat kepada pekerjanya dalam masa yang singkat dan dapat diterima pada waktu yang sama. Ini memudahkan mereka dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan. Melihat dari sisi negatifnya, teknologi ini berkonsepkan dunia tanpa sempadan yang mana pekerja boleh diakses setiap masa walaupun di luar waktu bekerja. Hal ini menyebabkan masa mereka dengan keluarga akan terganggu.
  • Sejajar dengan aplikasi IoT dalam sistem Radio Frequency Identification (RFID), sistem ini dilihat dapat memberi kelancaran dan mencapai sifar kesesakan di trafik tol. Sistem RFID merupakan langkah yang bijak bagi mengurangkan masa pengguna jalan raya berada di atas jalan raya. Namun begitu, disebalik kehebatan sistem RFID ini masih terdapat kekurangan dalam penyediaan sistem RFID yang kukuh dan sempurna. Sebagai contoh situasi yang pernah berlaku di negara kita dimana pelekat RFID pada kenderaan tidak dapat dikesan apabila melalui tol dan menimbulkan kesukaran kepada pengguna untuk meneruskan perjalanan.



TEKNOLOGI ROBOTIK

 DEFINISI 

  • Robotics atau dalam Bahasa Melayu ialah Teknologi Robotik merupakan salah satu cabang penemuan dalam Revolusi Industri 4.0 atau singkatannya IR 4.0. Robotik merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi konsep, reka bentuk, pembuatan dan operasi robot. Teknologi robotik ini digunakan untuk menbangunkan suatu mesin yang boleh menggantikan manusia dan meniru tindakan manusia. Penggunaan robot dalam pembuatan bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan teknologi terkini kemajuan dalam penciptaan robot akan menjadi lebih autonomi, fleksibel dan berkeupayaan untuk menangani tugas rumit mahupun operasi seharian. Mereka boleh dipantau dan dikendalikan dari jauh dan diprogramkan untuk wujud bersama dan beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia

FUNGSI

  • Seperti yang sedia maklum, penggunaan robot di negara ini bukanlah sesuatu yang asing. Melihat kepada zaman teknologi yang serba moden ini, telah wujud restoran di Malaysia yang menggunakan robot dalam menggantikan fungsi tenaga manusia. Penggunaan robot ini dilihat lebih efisien dalam proses mengambil pesanan dan menghantar pesanan pelanggan. Teknologi ini bukan sahaja digunakan dalam bidang perniagaan malah dalam bidang pendidikan juga tidak terkecuali. Kita boleh melihat contoh penggunaan robot dalam perpustakaan di Singapura. Negara itu telah menggunakan teknologi robotik ini sebagai pembantu perpustakaan. Apa yang lebih menarik, ia diberi nama Pepper yang membantu pengguna mencari buku, menunjukkan lokasi bahan, memberi perkhidmatan fotokopi dan sebagainya.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

  • Kemunculan teknologi canggih seperti penggunaan robot dalam kehidupan seharian pasti membawa kebaikan dan keburukan bergantung kepada individu itu sendiri. Melihat kepada kebaikan penggunaan robot-robot automasi ini mampu menyelesaikan pelbagai jenis pekerjaan dalam masa yang singkat tanpa bantuan atau pengendalian banyak tenaga manusia. Hal ini menjurus kepada pengurangan tenaga kerja dalam sesebuah organisasi. Perkembangan teknologi ini juga membawa perubahan yang sangat ketara kepada corak pekerjaan yang dahulunya wujud tetapi kini dihapuskan. Sebagai contoh pekerjaan jurutaip yang dahulunya disempurnakan oleh tenaga manusia namun akibat kepesatan teknologi ini, pekerjaan itu kian pupus.
  • Selain itu, teknologi ini semakin mendapat tarikan oleh syarikat besar kerana ia boleh menjamin kemajuan dan produktiviti syarikat mereka. Sebagai contoh negara Singapura menggunakan teknologi robotik ini dalam perpustakaan mereka bagi memudahkan pembaca mencari lokasi buku, membuat salinan buku dan boleh meminjam buku menggunakan perkhidmatan robot sahaja. Melihat dari sudut keburukannya apabila manusia terlalu bergantung kepada teknologi ini semata-mata, ia boleh meningkatkan risiko kurang produktif dalam kehidupan seharian kerana kurang pergerakan.  




REALITI TAMBAHAN

 DEFINISI Realiti Tambahan merupakan satu pendekatan yang amat penting dalam revolusi industri 4.0 kerana ia menyediakan maklumat visual yan...