Thursday, April 14, 2022

INTERNET OF THE THINGS (IoT)

 DEFINISI

  • IoT ialah singkatan daripada Internet of the Things atau disebut sebagai Industri Teknologi Peranti Pintar. Ini termasuk dalam penemuan teknologi baharu IR 4.0 dimana ia merupakan rangkaian objek fizikal yang dilengkapi dengan penderia atau penggerak, perisian dan teknologi lain yang direka untuk menyambung dan bertukar data dengan peranti atau sistem lain melalui Internet. Ia menggabungkan pembelajaran mesin, teknologi big data, data sensor, mesin untuk komunikasi dan teknologi automasi. Jika dibandingkan dengan manusia, mesin pintar yang terhubung dapat mengumpul dan memproses set data yang besar dengan lebih tepat dan konsisten.


FUNGSI

  • Melihat kepada nama peranti pintar itu sendiri kita sendiri boleh beranggapan bahawa teknologi ini akan memudahkan urusan harian manusia. Sejajar dengan perkembangan teknologi ini, banyak syarikat berlumba-lumba untuk mengaplikasikan IoT dalam produk pasaran mereka. Kita sering dimomokkan bahawa sebarang perkembangan teknologi mesti berkait dengan produk elektronik seperti telefon pintar tetapi rumah juga boleh menggunakan teknologi IoT ini. Pemilik rumah boleh menjadikan rumah mereka sebagai rumah pintar dimana segala peralatan di dalam rumah boleh dikawal daripada jauh. Mereka dapat mengawal peralatan seperti pendingin hawa, kipas, lampu walaupun dari jarak jauh. Hal ini terbukti bahawa fungsi IoT ini amat memberi manfaat yang besar dalam kehidupan seharian.


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

  • IoT membabitkan peluasan ketersambungan internet melalui alat standard seperti komputer dan telefon pintar yang membenarkan ia berkomunikasi sesama sendiri, boleh diperhatikan dan dikawal dari jauh.Tidak dapat dinafikan lagi apabila kita menggunakan IoT dalam kehidupan seharian, ia sangat memudahkan urusan. Melihat kepada kepentingan dalam organisasi, majikan boleh menyampaikan maklumat kepada pekerjanya dalam masa yang singkat dan dapat diterima pada waktu yang sama. Ini memudahkan mereka dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan. Melihat dari sisi negatifnya, teknologi ini berkonsepkan dunia tanpa sempadan yang mana pekerja boleh diakses setiap masa walaupun di luar waktu bekerja. Hal ini menyebabkan masa mereka dengan keluarga akan terganggu.
  • Sejajar dengan aplikasi IoT dalam sistem Radio Frequency Identification (RFID), sistem ini dilihat dapat memberi kelancaran dan mencapai sifar kesesakan di trafik tol. Sistem RFID merupakan langkah yang bijak bagi mengurangkan masa pengguna jalan raya berada di atas jalan raya. Namun begitu, disebalik kehebatan sistem RFID ini masih terdapat kekurangan dalam penyediaan sistem RFID yang kukuh dan sempurna. Sebagai contoh situasi yang pernah berlaku di negara kita dimana pelekat RFID pada kenderaan tidak dapat dikesan apabila melalui tol dan menimbulkan kesukaran kepada pengguna untuk meneruskan perjalanan.



No comments:

Post a Comment

REALITI TAMBAHAN

 DEFINISI Realiti Tambahan merupakan satu pendekatan yang amat penting dalam revolusi industri 4.0 kerana ia menyediakan maklumat visual yan...