Thursday, April 14, 2022

TEKNOLOGI ROBOTIK

 DEFINISI 

  • Robotics atau dalam Bahasa Melayu ialah Teknologi Robotik merupakan salah satu cabang penemuan dalam Revolusi Industri 4.0 atau singkatannya IR 4.0. Robotik merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi konsep, reka bentuk, pembuatan dan operasi robot. Teknologi robotik ini digunakan untuk menbangunkan suatu mesin yang boleh menggantikan manusia dan meniru tindakan manusia. Penggunaan robot dalam pembuatan bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan teknologi terkini kemajuan dalam penciptaan robot akan menjadi lebih autonomi, fleksibel dan berkeupayaan untuk menangani tugas rumit mahupun operasi seharian. Mereka boleh dipantau dan dikendalikan dari jauh dan diprogramkan untuk wujud bersama dan beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia

FUNGSI

  • Seperti yang sedia maklum, penggunaan robot di negara ini bukanlah sesuatu yang asing. Melihat kepada zaman teknologi yang serba moden ini, telah wujud restoran di Malaysia yang menggunakan robot dalam menggantikan fungsi tenaga manusia. Penggunaan robot ini dilihat lebih efisien dalam proses mengambil pesanan dan menghantar pesanan pelanggan. Teknologi ini bukan sahaja digunakan dalam bidang perniagaan malah dalam bidang pendidikan juga tidak terkecuali. Kita boleh melihat contoh penggunaan robot dalam perpustakaan di Singapura. Negara itu telah menggunakan teknologi robotik ini sebagai pembantu perpustakaan. Apa yang lebih menarik, ia diberi nama Pepper yang membantu pengguna mencari buku, menunjukkan lokasi bahan, memberi perkhidmatan fotokopi dan sebagainya.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

  • Kemunculan teknologi canggih seperti penggunaan robot dalam kehidupan seharian pasti membawa kebaikan dan keburukan bergantung kepada individu itu sendiri. Melihat kepada kebaikan penggunaan robot-robot automasi ini mampu menyelesaikan pelbagai jenis pekerjaan dalam masa yang singkat tanpa bantuan atau pengendalian banyak tenaga manusia. Hal ini menjurus kepada pengurangan tenaga kerja dalam sesebuah organisasi. Perkembangan teknologi ini juga membawa perubahan yang sangat ketara kepada corak pekerjaan yang dahulunya wujud tetapi kini dihapuskan. Sebagai contoh pekerjaan jurutaip yang dahulunya disempurnakan oleh tenaga manusia namun akibat kepesatan teknologi ini, pekerjaan itu kian pupus.
  • Selain itu, teknologi ini semakin mendapat tarikan oleh syarikat besar kerana ia boleh menjamin kemajuan dan produktiviti syarikat mereka. Sebagai contoh negara Singapura menggunakan teknologi robotik ini dalam perpustakaan mereka bagi memudahkan pembaca mencari lokasi buku, membuat salinan buku dan boleh meminjam buku menggunakan perkhidmatan robot sahaja. Melihat dari sudut keburukannya apabila manusia terlalu bergantung kepada teknologi ini semata-mata, ia boleh meningkatkan risiko kurang produktif dalam kehidupan seharian kerana kurang pergerakan.  




No comments:

Post a Comment

REALITI TAMBAHAN

 DEFINISI Realiti Tambahan merupakan satu pendekatan yang amat penting dalam revolusi industri 4.0 kerana ia menyediakan maklumat visual yan...